Sunday, April 17, 2011

Masalah Saya Yang Saya Tidak Ceritakan Kepada Ibu Bapa

Saya menghadapi masalah yang besar.Masalah yang saya hadapi ialah dalam peperiksaan dan keluarga,yang pertama ialah keluarga nenek saya menghadapi masalah yang besar dan saya tidak dapat menolong apa-apa kerana itu ialah masalah orang dewasa dan saya tidak boleh masuk campur dalam masalah itu..Pada mulanya,atok saya mendapat kerja dan menceritakan masalahnya kepada nenek saya..Tiba-tiba,masalah itu menjadi besar.Sehingga kini,atok saya tidak ceritakan masalahnya kepada nenek atau makcik-makcik tetapi menceritakan masalah ini kepada makcik saya yang jauh tetapi saya rasa kesian untuk semua keluarga saya kerana mereka merana sekarang dan mereka berasa sedih.Saya hanya boleh mendoakan yang baik untuk semua keluarga saya dan pada bulan Mei,saya akan pergi ke chalet dan akan meluangkan masa pada masa itu dengan bermain-main.Saya selalu berkongsi masalah ini kepada kawan yang rapat dan kepada guru-guru saya...kawan rapat saya ialah Afiq dan Atiqah...Abang saya yang hanya boleh menolong saya..   :D

Tuesday, April 5, 2011

Bencana di Jepun

Saya akan rasa sedih.Saya akan membuat satu kumpulan atau lebih dan meminta derma dari orang-orang.Rakyat Singapura harus menolong rakyat-rakyat Jepun dengan membuat sesuatu yang berfaedah dan bermakna untuk menghentikan kejadian ini berlaku di Jepun.Rakyat Singapura harus menolong rakyat-rakyat Jepun dengan membuat rumah yang boleh mempertahankan dari Tsunami atau yang lain-lain.Jepun ialah rakyat yang susah.Jepun ialah rakyat yang susah.

Tuesday, February 8, 2011

Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh  dan saya akan mengulangaji bila tiba peperiksaan.Saya akan dengar apa yang makcik-makcik saya ajar pada saya.Saya selalu gagal dalam peperiksaan Matematik.Saya akan dimarahi oleh ibu bapa dan makcik saya.Mereka menasihati saya untuk belajar bila tiba peperiksaan.Saya akan membuat  kerja rumah saya dengan betul dan tidak akan membuat kesilapan dalam pelajaran saya.Mereka berkata kepada saya kerana pelajaran Matematik sangat penting pada saya.

75 perkataan

Tuesday, January 25, 2011

Apakah Masalah Yang Sering Menggangu Fikiran Saya

Di rumah,saya sering dimarahi.Kalau saya tinggikan suara saya,saya akan dimarahi oleh bapa saya..Semalam,25/1/11 saya dimarahi oleh bapa saya kerana saya tinggikan suara saya kepada orang tua..Saya rasa sedih dan di rumah saya terus tidur.Abang saya dimarahi oleh  makcik dan bapa saya.Abang saya sering dimarahi kerana tidak membuat kerjanya bila sampai rumah..Saya rasa sedih untuk abang saya.Setiap kali dia dimarahi,saya akan terasa  kecewa untuk kesilapan saya dan abang saya.


75 perkataan

Sunday, January 16, 2011